From b73f5604f96d17ded155a7d59142cf67719f2cd4 Mon Sep 17 00:00:00 2001 From: Syahril Zulkefli Date: Sat, 26 Sep 2020 00:33:41 +0800 Subject: [PATCH] Tambah kandungan tajuk git commit --- content/git_commit_--_menyimpan_kerja.md | 56 +++++++++++++++++++++++- 1 file changed, 55 insertions(+), 1 deletion(-) diff --git a/content/git_commit_--_menyimpan_kerja.md b/content/git_commit_--_menyimpan_kerja.md index 0659ee6..a00231c 100644 --- a/content/git_commit_--_menyimpan_kerja.md +++ b/content/git_commit_--_menyimpan_kerja.md @@ -1,3 +1,57 @@ #### Bahagian 1 - Bekerja Sendiri -# Git Commit -- Menyimpan Kerja \ No newline at end of file +# Git Commit -- Menyimpan Kerja + +Arahan git commit bertujuan menyimpan perubahan pada kod sumber di dalam repositori yang berada di dalam komputer anda. Semua perubahan ini boleh dilihat menggunakan arahan git log. + +Arahan git commit perlu disertakan dengan mesej pada perubahan yang dilakukan, seperti dua contoh di bawah: + +``` +$ git commit -m "Penambahan kandungan untuk tajuk Git Commit" + +$ git commit --message "Pembetulan pada modul pengguna" +``` + +Semua perubahan yang anda rekodkan menggunakan arahan git commit hanya berada di dalam komputer anda sahaja selagi anda belum menjalankan arahan git push untuk menghantarnya ke repositori utama. + +## Mesej Commit + +Setiap kali anda ingin commit perubahan yang anda lakukan, pastikan mesej yang anda isi berguna untuk rujukan anda dan juga rakan sekerja anda. Ini kerana ia dapat membantu anda mengenalpasti perubahan yang anda lakukan sekali imbas tanpa perlu melihat satu per satu perubahan yang anda lakukan. + +### Contoh Yang Baik + +Di bawah ini beberapa contoh yang baik yang digunakan di dalam commit message. + +``` +$ git commit -m "Membaiki layout pada registration form" + +$ git commit -m "Tambah beberapa field pada borang pengesahan" + +$ git commit -m "Pecahkan UserHelper kepada beberapa sub-class" +``` + +### Contoh Kurang Baik + +Di bawah ini beberapa contoh yang kurang baik yang digunakan di dalam commit message. +``` +$ git commit -m "Fix bug" + +$ git commit -m "..." + +$ git commit -m "Updates" +``` + +## Contoh Git Commit + +Katakan anda sedang membangunkan satu sistem dan anda sedang buat perubahan pada beberapa fail. Sebelum arahan git commit boleh dilaksanakan, anda perlu menjalankan arahan git add terlebih dahulu. + +``` +$ git add --all + +$ git commit -m "Tambah relationship antara model User dengan model Booking" + +[master f9ae307] Tambah relationship antara model User dengan model Booking + 2 files changed, 2 insertions(+) +``` + +Setiap kali git commit dijalankan, maklumat berkenaan dengan fail-fail yang berubah akan dinyatakan kepada anda. \ No newline at end of file